Kepentingan
voltan elektrik terhadap kereta
Tahukah
anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka
hayat sebuah kereta? Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah
berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia
berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu
meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah. Namun, mereka gagal
menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut.
Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas
masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, “mencegah lebih baik
daripada
merawati”, jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu
juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan
kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan
yang berbaloi kepada anda kelak.
Sistem litar elektrik dan
penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem
litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta,
penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah
penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin
akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar
elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan
kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang
sempurna dan stabil. Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik
Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki
kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan.
Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna
kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh
kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan
i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda
menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang
alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta
anda. Ciri-Ciri Khas i-CHARGE
Pemantap
Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
• Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan
Kelebihan-kelebihan produk
• Meningkatkan gerak balas penekan petrol
dan kuasa motor enjin.
• Mengurangkan kadar kesilapan CPU
kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
• Melancarkan proses penukaran gear
kereta
• Membaiki dan memecutkan gerak
balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
• Memaksimumkan kecekapan
penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
• Memanjangkan jangka hayat sistem
litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.
• Cara pemasangan yang mudah dan
selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama bagi pemandu wanita
• Sesuai untuk semua jenis kereta
dan motosikal.
• Mengurangkan gangguan bunyi bising
menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang
lebih berkesan.
• Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius
untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
• Meningkatkan gerak balas RPM
dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta
dipasang pada tahap
maksimum ketika cuaca panas.
• Mengurangkan kadar pembebasan
gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
• 12 bulan waranti produk.
|
|
Panduan
praktikal daripada Pakar Penjimat Petrol
Bersama-sama
kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga
minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung
telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak
yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta,
apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan
cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri
kita dan memulihara alam sekitar.
Semasa
hidupkan enjin
•
Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara
perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak
dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2
hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan
minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan
penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat
untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan
sepanjang hari.
Memandu
sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor,
jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan
injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara
perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil
memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan
mencapai suhu yang sesuai.
Semasa
isikan minyak
Jangan
bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak
telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan
pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut
sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda
berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja
membazirkan, malah tidak mesra alam.
Dalam
perjalanan
Kekalkan
jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi
enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta
daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.
Elakkan
memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa
disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut
bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan
meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.
Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan
lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan
perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan
kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.
Elakkan
kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan
sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat
brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut
di belakang kereta anda.
Tayar
lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas
permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut.
Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih
luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa
enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol,
khususnya bermula daripada keadaan statik.
Pengetahuan
Am
Letakkan
kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu
dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari
dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa
dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan
dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.
Jangan
melengahkan penyenggaraan berkala
Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk
memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan
sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih
menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya
berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3%
jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang
banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap
pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan
pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan
kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi
keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau
tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.
Bersihkan
plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag
pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan
menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih
boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.
Kurangkan
alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat
elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera,
stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin
banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan
yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga
elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.
Kurangkan
bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang
tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat
ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol
juga akan bertambah 1-2%.
•
Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik
kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya,
pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih
banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.
|
| 1 |
Apa
i-CHARGE? |
 |
i-CHARGE
merupakan suatu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem,
iaitu, Sistem Pemantap Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan
Sistem Pengurangan Gangguan (IRS). |
| 2 |
Bagaimana
i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya? Apakah kelebihan-kelebihan yang
boleh kita nikmati selepas i-CHAGRE dipasang? |
 |
Pemantap
Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum.
Sistem Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk
melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta, supaya
ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa
menampung muatan yang lebih, seperti memecut kereta atau memasang alat
penyaman udara, kuasa voltan daripada sistem elektronik yang lain akan
disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan sistem elektronik yang
baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan kuasa voltan itu
menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan,
membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang
sesuai. Dengan itu, ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik
kereta beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE kedua pula
tentang Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan
mengesan kuasa voltan bateri. Apa yang anda perlu buat, cuma tekan satu
lampu LED (MERAH) yang direka khas pada papan i-CHARGE, tanpa membuka
hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan
memahami keadaan bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga,
Sistem Pengurangan Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan
gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta.
Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan
berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai jenis komponen
elektronik, seperti badan manusia. Ia bukan saja mengandungi reseptor
(seperti saraf tunjang tangan), reflektor (seperti sistem saraf motor),
isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia
gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta
untuk pemprosesan. Kemudian, maklumat baru akan dihantar kembali kepada
reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan.
Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk
bergerak balas. IRS berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi
bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat
bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara reseptor dan
reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan. |
| 3 |
Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna? |
 |
Cara
penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta
selepas anda memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh. |
| 4 |
Berapa lama jangka hayat i-CHARGE? |
 |
Biasanya,
jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun,
begitu juga dengan ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda
menggunakannya dengan cermat, ia boleh bertahan lebih lama, kira-kira
10 tahun. |
| 5 |
Bagaimana
anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi? |
 |
Secara
teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak.
Anda boleh tekan Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu
LED HIJAU masih menyala. Kalau ya, ini bererti i-CHARGE berkeadaan
baik. Jika lampu LED terpadam, ini juga tidak bererti i-CHARGE
bermasalah. Namun, kami menasihatkan anda agar memulangkannya kepada
syarikat untuk pemeriksaan. Jika ia masih dalam waranti, syarikat akan
membaiki atau menggantikannya dengan i-CHARGE yang baru secara percuma. |
| 6 |
Ketika
anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU
menyala, apa maksud tanda-tanda ini? |
 |
Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas
diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua situasi ini memaklumkan anda :
a) Lampu LED HIJAU menyala : Kuasa voltan normal, bateri
berkeadaan baik.
b) Lampu LED RED menyala : Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama
ada ia perlu digantikan.
|
| 7 |
Bila
i-CHARGE mula beroperasi? |
 |
Biasanya,
i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang
untuk beberapa saat. |
| 8 |
Adakah
i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan? |
 |
Tidak,
sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada
bateri kereta menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal
kereta saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan
beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa
kesan kepada kereta. Sudah tentu, anda tidak dapat menikmati
kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh
menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya daripada pengedar
yang terdekat jika anda rasa perlu. |
| 9 |
Adakah
fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih? |
 |
Biasanya,
fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara cermat.
Tapi, kami mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk
sebuah kereta, sebab tindakan mengalih i-CHARGE yang berulang kali
mungkin akan merosakkan suis pencucuh kereta dan soketnya. Jika anda
fikir i-CHARGE, suatu produk yang baik, anda harus memasang setiap
i-CHARGE pada kereta yang berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari
sebuah kereta kepada kereta yang lain, kerana tindakan ini akan
menyingkatkan jangka hayatnya. |
| 10 |
Adakah
kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan
kemudian digunakan semula? |
 |
Tidak,
sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi
seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak
akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh
i-CHARGE semula. |
| 11 |
Adakah
i-CHARGE selamat digunakan? |
 |
Ya,
ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh
arus elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif
dan gelombang magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia
apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan
elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik.
Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang
alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda. |
| 12 |
Bolehkah
i-CHARGE dipasang untuk motosikal? |
 |
Boleh,
keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi,
kebanyakan motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar
untuk memasang sistem wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya
i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat khidmat nasihat
daripada syarikat. |
| 13 |
Bagaimana
i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta? |
 |
Penjimatan
petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan ini
pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar
kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara
12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang
berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak
menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk
menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan
arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu
masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak
1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus
sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh
sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak
lengkap dan membazirkan petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan
kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik,
ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya
kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses
pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh
dikurangkan secara berkesan. |
| 14 |
Adakah
i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta? |
 |
Mungkin
anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga
daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah
berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya
pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang
kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta
berjalan lancar, malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri
yang tinggi, dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri. Selain
itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda memeriksa kuasa voltan
bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka
hayat bateri, sepertimana kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan
secara tetap. |
| 15 |
Adakah
tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin
kereta dimatikan? |
 |
Selepas
enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta
jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka
bentuk yang tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi
(mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran
pemutusan litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan.
Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa voltan yang kecil untuk
beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang besar. Namun, kami
ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa
minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, sebab
kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat
daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik
motosikal pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi
mengelakkan sebarang kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana
kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih kecil daripada kereta,
jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu,
baik i-CHARGE dicabut selepas enjin motosikal dimatikan. |
| 16 |
Siapa
sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE? |
 |
Jangan
anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta
yang cenderung untuk mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka.
Sebenarnya, ia dihasilkan untuk setiap pemilik kereta, terutamanya
kereta lama atau alat-alat elektronik yang berkuasa voltan lemah.
Namun, segala kecacatan tersebut boleh diatasi dengan pemasangan
i-CHARGE kerana ia bukan saja mudah dipasang, apatah menyalurkan kuasa
voltan yang stabil kepada semua alat elektronik supaya berfungsi dengan
lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian
melambung tinggi ini, ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin
anda. Jadi, belilah i-CHARGE, satu tindakan yang bijak bagi anda!
Selain itu, i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua
jenis
kenderaan, misalnya kereta peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan
sebagainya tanpa mengira ia mengguna petrol, diesel, petrol plumbum
atau bukan plumbum.
|
| 17 |
Apakah
perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain? |
 |
i-CHARGE
boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan “Sistem 3
Dalam 1”, dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman
dan menggunakan teknik yang mahir dalam penghasilan produk kereta buat
berpuluh-puluh tahun. Mereka juga sentiasa meningkatkan teknologi untuk
menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi memanfaatkan para
pengguna. Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen
elektronik yang berkualiti tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih
tahan terhadap kepanasan dan gegaran yang kuat berbanding dengan
produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium sebagai
pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan
yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain
itu, ia juga merupakan satu-satunya pemantap voltan elektrik yang
dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis
pencucuh dalam kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula
perlu dipasang ke dalam petak enjin kereta yang mungkin terdedah kepada
suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan gegaran. Pasti anda boleh
bayangkan, sama ada i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk
lain yang dipasang di dalam petak enjin mempunyai jangka hayat yang
lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah bahangan matahari yang terik
seperti di Malaysia? |
| 18 |
Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut
daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu? |
 |
Anda
tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan
tersebut akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem
perlindungan litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa
i-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif akan menjadi
lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih
tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang disalurkan kepada
alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba mencabut soket
i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak.
Tindakan ini sama seperti anda mencabut soket komputer daripada sumber
arus elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam
hal ini, i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar
elektrik supaya keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga
memberi satu tambahan fius untuk soket bagi setiap pembelian i-CHARGE
supaya pengguna boleh menukarnya jika kemalangan berlaku. Namun, anda
dinasihatkan agar menghantar i-CHARGE kepada syarikat untuk
pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan bukan ketara sangat, i-CHARGE
masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan tidak akan
menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada
produk itu i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap
dinasihatkan supaya jangan mencabut i-CHARGE sesuka hati ketika kereta
dipandu demi menjaga jangka hayatnya. |
Contact Person : HAIRUN AZMI HASHIM
Address :No.4,Bangunan PASDEC,Jalan Stesen
Keretapi,27000 Jerantut,Pahang Darul Makmur,Malaysia
Phone :60196641869 ,
Email :miecyber@gmail.com , Yahoo Massenger :miecyber
USD
160 Per Unit = RM 595
Save
your fuel up to 30%
Jimat
minyak sehingga 30 %
|
 |