SEJARAH PERTUBUHAN SENI GAYUNG
LAKSAMANA MALAYSIA
Ustaz Ismail bin
Rahim Malim Mas,
seorang Pengamal Persilatan Melayu dari keturunan Minangkabau,Pagar Rayung, Sumatera,
Indonesia.
Beliau seorang bekas Angkatan Tentera Diraja Malaysia.
Ketika keadaan negara
tercuit akibat peristiwa 13 Mei 1969,
masyarakat berlumba-lumba belajar Ilmu
Silat untuk mempertahankan diri dan keluarga serta negara
tercinta bersama-sama
dengan Pasukan Pengaman Negara.
Beliau pun mengumpulkan beberapa orang
kenalannya
untuk Di Ijazahkan Ilmu Jurus
Pertahanan Dalaman.
Maka sejak itulah
ianya terus
berkembang dengan bilangan yang kian meningkat ke beberapa buah negeri
di Tanah Air
Tercinta ini Anak-anak murid inilah yang berusaha untuk
menubuhkan sebuah
Pertubuhan yang Berdaftar supaya ianya boleh bergerak dengan lebih baik
ke
tengah masyarakat.Pada tahun 1974,
Pertubuhan
Seni Gayung Laksamana
Malaysia didaftarkan dengan rasminya dan bergiat cergas dengan
pengambilan
penuntut-penuntut baru. Memang pada permulaannya,ia diajarkan
dengan Jurus-Jurus Kerohanian sahaja
tetapi apabila
telah bergiat di tengah masyarakat
,Latihan Fizikal diperlukan
maka diperkenalkan pula dengan Gerak
Langkah
Persilatan.
Pada waktu ini
Pertubuhan
mempunyai 500 ahli sahaja, sebagai
langkah memperkenalkan Pertubuhan
kepada
masyarakat maka Pertubuhan ini mengadakan Satu Demostrasi Besar-Besaran
Peringkat Kebangsaan bertempat di Padang
TPCA, Kuala Lumpur pada 28 Mei
1978 yang mana Penasihatnya; YB
Dato Sri
Kamaruddin Bin Mohd Isa,Menteri di Jabatan Perdana Menteri
manakala YB
Dato Saadon bin
Mohd Noh,Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan telah
sudi
merasmikan pertunjukan itu.
Pada 1980, Kementerian Belia dan
Sukan telah menaja Pertubuhan untuk satu pertandingan di
peringkat ASEAN di
Singapura dan YM Pak Guru
Ustaz Ismail diberi penghormatan sebagai seorang
Hakim dalam Pertandingan tersebut. Dan beberapa pertunjukan lagi
disertai oleh
Pertubuhan dalam melengangkan diri di tengah masyarakat. Ketika itu ia
bergerak
dan bersaing dengan Pertubuhan- Pertubuhan Persilatan yang telah lama
terkenal.
Dikhabarkan juga bahawa YM Pak Guru
ini merupakan salah seorang yang
terlibat
dalam penubuhan PESAKA Kebangsaan .
Di Pahang,
Pertubuhan ini
berkembang pesat , ia ditubuhkan di kawasan-kawasan Tanah Rancangan
Felda
seperti di Lipis,Raub,Kuantan dan Jerantut serta ia telah
memasuki Sekolah-Sekolah
Rendah dan Menengah. Pada permulaannya, ahli cuma 38
orang
bertambah kepada hampir 5000 orang. Maka Pertubuhan terlibat dengan Pertunjukan
Hari Kebangsaan,Perasmian-Perasmian oleh Menteri-Menteri Pusat dan di
Hari-Hari
Keramaian tertentu. Segalanya berjalan lancar sehingga pada
tahun 1984,YM
PakGuru Utama,Ustaz Ismail bin Abdul Rahim meninggal dunia.
Maka
Pertubuhan ini
dipindahkan ke Jerantut dan
diterajui oleh YB Abdullah Hashim bin
Mohd Ali
sebagai Yang Di Pertua dan Guru
Utamanya diambil alih oleh YM
Pak Guru Talib
Zakaria bin Haji Uteh. Apabila YB
Abdullah Hashim Bin Mohd Ali menyahut
panggilan Illahi pada 1997 ,maka PSGLM dipimpin pula oleh YM Pak Guru Tabib
Zakaria Bin Haji Uteh sebagai Presidennya.
Pada tahun ini, 1999; genaplah
usianya 25 tahun berkecimpung
di tengah masyarakat, mengembeling tenaga bersama perguruan-perguruan
persilatan yang lain mendidik anak bangsa .Ia menempuh segala ombak dan
badai
kehidupan dengan beberapa kerenah dari liku-liku hidup dengan penuh
ketabahan
dan kesabaran namun dalam abad mendatang ,InsyaAllah ,PSGLM akan
menonjol
semula ke seluruh negara bahkan ke pesilatan antarabangsa sebagai salah
satu Pertubuhan
Persilatan Melayu yang disegani dan dihormati.
Tahniah ! Kepada Cikgu Wan Kamal,Cikgu Saufi & Cikgu
Marzaidi Sempena Perasmian Persatuan
Seni Gayung Laksamana Malaysia di Sekolah Rendah Taman Desa,Home Country
Rawang ,Selangor yang telah di rasmikan oleh Guru Penolong Kanan
Sekolah Rendah Taman Desa,Home Country pada 11 Febuari 2007.Seramai 46 orang Pelajar menyertai
upacara " Merlimau".
|
|
|
PSGLM
menyeru supaya anak- anak
bangsa samaada putera dan puteri berganding bahu bersama kami dalam
meneroka
ilmu pertahanan diri Seni Gayung Laksamana Malaysia agar kehidupan kita
mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat , berbakti kepada agama ,
bangsa
dan negara tercinta ini ,Kita akan berusaha untuk mengukir sejarah pula
menggantikan generasi dulu dalam mengharungi era baru dunia yang kian
canggih
dan mencabar ini. Sahutlah cabaran PSGLM ini demi untuk diri, keluarga
,
masyarakat dan negara kita agar kita sama - sama mencapai
kecemerlangan.
Untuk
Ibubapa....!
Wahai
ibubapa tersayang , berilah
keizinan kepada anak-anakmu untuk mendalami ilmu persilatan ini, ilmu
ini ilmu
kita, ilmu warisan nenek moyang kita , ilmu peninggalan para ulama
Islam , ilmu
yang berupaya menangkis serangan budaya asing , ianya bukan untuk
sengketa
tetapi untuk silaturahim , ianya bukan untuk bermegah diri tetapi ilmu
untuk
berdamai, ianya bukan untuk takabbur tetapi meraih pengasih diri .Ianya
bukan
khurafat bahkan mendekatkan diri kepada Ilahi.
Tel :
0199049837 ,0199921977, 0192878601
Email :
psglm@yahoo.com
Ibu
Pejabat:
A 5, Aked MARA,
27000 Jerantut,Pahang
Akademi:
Kg Mat Kilau,
27000 Jerantut,Pahang
Akaun
Bank:
CIMB Bank
Pertubuhan Seni
Gayung Laksamana Malaysia
0606-0003544-05-7
Bendahari : HAIRUN AZMI
0196641869
Jangan
Ketinggalan Mengikuti
Siri Perjuangan YM Pak
Guru
Setiap Bulan Di
"RENTAK PAK
GURU ZAKARIA"
Keluaran Majalah Seni BelaDiri Bermula
Keluaran Januari 2007 !
Dapatkan
"Key Chain PSGLM",
Membeli Sambil Menyumbang
Kepada Pertubuhan.
RM 3.00
Sahaja !
Koleksi Terhad !
Dapatkan Segera!!!!
Kami menyediakan
Pakej
Persembahan Silat & Kompang.
Tempahan melalui
Saudara Yassier Arafat
0199483156
|
|