Tel : 0199049837,0199921977,0192878601

Email : psglm@yahoo.com

Ibu Pejabat: B 5, Aked MARA, 27000 Jerantut,Pahang

Akademi: Kg Mat Kilau, 27000 Jerantut,Pahang Darul Makmur

Webmaster edit di sini

GURU UTAMA MERANGKAP PRESIDEN PSGLM

Yang Mulia Pak Guru Tabib Zakaria Bin Haji Uteh P.K.C.

Jawatan Lain Yang Di sandang

1. Presiden Pertubuhan Perubatan Tradisional Pahang (PETRA)

2.Naib Yang Di Pertua Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia Cawangan Jerantut (PESAKA Jerantut)

3.Dewan Pendekar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Cawangan Pahang (PESAKA Pahang)

SEJARAH PERTUBUHAN SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA

Ustaz Ismail bin Rahim Malim Mas, seorang Pengamal Persilatan Melayu dari keturunan Minangkabau,Pagar Rayung, Sumatera, Indonesia.

Beliau seorang bekas Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Ketika keadaan negara tercuit akibat peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat berlumba-lumba belajar Ilmu Silat untuk mempertahankan diri dan keluarga serta negara tercinta bersama-sama dengan Pasukan Pengaman Negara. Beliau pun mengumpulkan beberapa orang kenalannya untuk Di Ijazahkan Ilmu Jurus Pertahanan Dalaman.

Maka sejak itulah ianya terus berkembang dengan bilangan yang kian meningkat ke beberapa buah negeri di Tanah Air Tercinta ini Anak-anak murid inilah yang berusaha untuk menubuhkan sebuah Pertubuhan yang Berdaftar supaya ianya boleh bergerak dengan lebih baik ke tengah masyarakat.Pada tahun 1974, Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia didaftarkan dengan rasminya dan bergiat cergas dengan pengambilan penuntut-penuntut baru. Memang pada permulaannya,ia diajarkan dengan Jurus-Jurus Kerohanian sahaja tetapi apabila telah bergiat di tengah masyarakat ,Latihan Fizikal diperlukan maka diperkenalkan pula dengan Gerak Langkah Persilatan.

Majlis Jemaah dan Ijazah PSGLM

20/09/2007 - 9:00pm

Majlis Jemaah Dan Ijazah PSGLM

SILAT SEDUNIA KALI KE 13

18/10/2007 - 8:00am
25/10/2007 - 10:00pm

Seminar Pembiayaan Anjuran PSGLM Dan Petra Bersama MARA

22/07/2007 - 2:37pm

NAMA DAN GELARAN BENGKUNG DAN SELEMPANG PERTUBUHAN SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA.

1. BENGKUNG PUTIH – HULUBALANG SETIA PSGLM.

2. BENGKUNG KUNING – SRI SETIA PSGLM

3. BENGKUNG MERAH,MERAH CALIT PUTIH 1,2 DAN 3 – SRI LAKSAMANA PSGLM

4. BENGKUNG MERAH BERJALUR HITAM SATU – SRI SETIA LAKSAMANA PSGLM

KAEDAH UNTUK MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN SILAT SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA DI SEKOLAH-SEKOLAH

1. Gurulatih yang diamanahkan oleh PSGLM di satu-satu tempat/daerah/negeri akan berkunjung ke sekolah untuk menemui pihak pentadbir sekolah.Mereka akan berbincang dan mengambil persetujuan untuk menubuhkan kelab/persatuan silat.

2. Gurulatih tersebut akan memaklumkan kepada ibu pejabat untuk pihak ibu pejabat menguruskan beberapa perkara.

3. Dibolehkan juga pihak pentadbir sekolah menulis sepucuk surat ke ibu pejabat PSGLM untuk menubuhkan kelab/persatuan silat,maka gurulatih yang diamanahkan akan datang menemui pihak pentadbir.Berbincang dan mengambil persetujuan.

4. Jika menimbulkan keraguan dan kemusykilan pihak pentadbir,maka bolehlah menjemput seorang pemimpin kanan PSGLM untuk tujuan perbincangan seterusnya.

ETIKA UNTUK GURULATIH PSGLM

ETIKA UNTUK GURULATIH PSGLM

1. Menepati waktu latihan.

2. Pakaian silat kemas dengan memakai bengkung/cindai mengikut tahap PSGLM serta bersongkok.

3. Bersopan dengan akhlak yang mulia terhadap pelatih,pentadbir dan sekitaran.

4. Tidak menyentuh pelatih-pelatih wanita dengan sengaja atau berkelakuan yang menyinggungkan mereka atau mendatangkan fitnah.Jangan mengambil kesempatan di atas kemesraan mereka.

SUKATAN PELAJARAN SILAT UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG TELAH DI SESUAIKAN OLEH PSGLM

Mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, silat atau seni beladiri yang diizinkan di sekolah-sekolah Cuma bercorak fizikal sahaja.Ianya juga hendaklah untuk beriadah,kesihatan,asas beladiri dan digunakan untuk pertandingan seta persembahan pertunjukan.Maka selari dengan itu,PSGLM mengorak langkah untuk merangka satu sukatan yang terkini dan bertepatan dengan arahan tersebut.

PAHLAWAN DAN PENDEKAR MELAYU PAHANG

Allahyarham Dato Bahaman dan Mat Kilau

Mengenang jasa dan pengorbanan mereka

Alfatihah buat roh mereka, semoga dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan Solehin

 
 


SENI GAYUNG LAKSEMANA MALAYSIA