SUKATAN PELAJARAN SILAT UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG TELAH DI SESUAIKAN OLEH PSGLM

Mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, silat atau seni beladiri yang diizinkan di sekolah-sekolah Cuma bercorak fizikal sahaja.Ianya juga hendaklah untuk beriadah,kesihatan,asas beladiri dan digunakan untuk pertandingan seta persembahan pertunjukan.Maka selari dengan itu,PSGLM mengorak langkah untuk merangka satu sukatan yang terkini dan bertepatan dengan arahan tersebut.

 

                        PERINGKAT PERTAMA

1.      Panas badan-warming up

 

Gerak untuk memanaskan tubuh boleh dibuat mengikut yang telah dipelajari oleh gurulatih-gurulatih.Ianya harus meliputi segala gerak dari kepala ke kaki atau dari kaki ke kepala.Tubuh digerakkan begitu rupa supaya liang-liang roma terbuka dan titik peluh memecah dengan mengambil kira ritme pernafasan.

 

2.      Gerak Tiga Belas

Geraklangkah ini merupakan tunggak/asas dalam Seni Gayung Laksamana Malaysia.Ianya amat penting kepada pelatih-pelatih yang tidak pernah bersilat,geraklangkah inilah membina langkah dan kekuda mereka untuk geraklangkah seterusnya.

 

3.      Senam Gayung Laksamana

Gerak senam ini mengandungi latihan-latihan yang lasak bagi membina dayatahan dan dayajuang para pelatih.Ianya terdiri dari;

 

3.1  Tumbukan

 

3.2  Tendangan –sisi kanan/kiri,depan,belakang,kuda dan pusing.

 

                                                3.3  Tepisan-luar,dalam,tepi,kanan/kiri,menurut,menarik, menumpang tenaga lawan.

3.4  Pintasan gerak dalam tumbukan,tendangan,tepisan/tangkisan dan tangkapan serta kunci gerak.

 

3.5  Melatih daya ketepatan,kecepatan dan upaya (power) tumbukan, Tendangan, pintasan dan tepisan/tangkisan.

3.6  Elakan-luar,dalam,sisi luar,sisi dalam dan setapak undur.

 

                        4    Gerak Jejak Tiga Belas

Gerak ini lanjutan kepada Gerak 13 yang mesti dilakukan dalam penjuru (segitiga).Ianya melibatkan segala gerak seni dan tempur.

 

5.      Gerak Bunga Pengenalan

Ini merupakan geraklangkah pengenalan persilatan asas bagi Pelatih-pelatih dalam memahirkan langkah serta persembahan jika Diadakan.

 

6.      Buah Pertahanan

 

                                    Gerak buah pertahanan ini merupakan kemahiran dalam tumbukan,tendangan,tepisan/tangkisan dan pintasan dengan tangkapan serta kuncian.  Diturunkan sebanyak 5 buah sahaja.

 

                        7.   Gerak Tempur Asas

                            

Gerak tempur ini diperturunkan kepada pelatih dalam beberapa variasi agar pelatih-pelatih dapat suaikan diri dalam permainan berpasangan/medan.

 

 

Peperiksaan diadakan untuk kenaikan bengkung/cindai Kuning(Sri Setia PSGLM).

 

Peperiksaan ini dijalankan secara tulisan dan praktikal.

 

Bayaran yuran dikenakan

 

 

 

PERINGKAT KEDUA

            Setelah pelatih lulus peperiksaan awal,maka para gurulatih akan meneruskan penurunan ilmu.Bagi pelatih yang gagal bolehlah mengambil semula pada tahun berikutnya namun penurunan ilmu tetap diteruskan,hanya bengkung/cindainya sahaja tidak berubah(putih sahaja)

 

Dalam peringkat ini disamping meneruskan latihan pada peringkat pertama,pelatih diajar dengan lebih cekap dan mahir dalam beladiri.

 

 

  1. Gerak Sembah Tunggal

 

Ianya dilakukan dalam massal (gerak serampak) agar kelihatan berseni dan indah.

 

  1. Gerak Sembah Tunggal Wajib

 

Geraklangkah ini merupakan tambahan kepada gerak di atas setelah pelatih-pelatih mahir. Gurulatih akan menerangkan kegunaanya secara ringkas.

 

  1. Gerak Buah Pertahanan

 

Pada tahap ini pelatih akan diturunkan sebanyak 7 buah lagi buah pertahanan agar pelatih dapat melatihkannya dengan cekap dan pantas.Ianya banyak digunakan dalam persembahan dan pertempuran sebenar.

 

  1. Gerak Tempur

 

Dalam tahap ini,gerak tempur pasangan dilatih dengan mahir agar para pelatih faham dengan jitu.Gurulatih akan menunjukajar segala geraklangkah untuk menjadi panduan sahaja.Pelatih akan berusaha sendiri mengumpul dan mencerakinkan segala geraklangkah yang telah diturunkan oleh gurulatih dari peringkat satu dan dua. Di sinilah bermulanya seorang pelatih menjadi pesilat/pendekar yang berwibawa kerana mereka dilatih berfikir secara mantap dan matang.

 

  1. Gerak Persembahan untuk majlis dan pertandingan

 

Para gurulatih akan memilih beberapa pelatih atau kesemuanya untuk memberi tunjukajar geraklangkah untuk tujuan pertandingan dan persembahan pada sesuatu majlis anjuran sekolah,daerah dan sebagainya.

 

Jika untuk pertandingan silat sekolah-sekolah Menengah,pelatih-pelatih hendaklah dilatih selama kira-kira tiga bulan(kalau nak menang).Diharapkan pentadbir sekolah boleh memberi kebenaran dalam hal ini.Kategori dipertandingkan setakat ini(putera dan puteri ) ialah: Seni Tari Solo,Seni Tempur Berpasangan dan Masal seramai 3 orang.

 

 

 

*Pada peringkat ini,pesilat-pesilat yang lulus pada peringkat pertama dulu(Bengkung Kuning-Sri Setia PSGLM)akan dibenarkan untuk mengambil peperiksaan yang bercorak praktikal sahaja iaitu Seni Gerak Tari Solo dan Berpasangan tangan kosong.Pesilat yang lulus akan dianugerahi Bengkung/Cindai Merah(Sri Laksamana PSGLM)bertaraf Gurulatih Muda PSGLM.

 

            *Bayaran peperiksaan:dikenakan.

 

 
 


SENI GAYUNG LAKSEMANA MALAYSIA