KAEDAH UNTUK MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN SILAT SENI GAYUNG LAKSAMANA MALAYSIA DI SEKOLAH-SEKOLAH

 

 

1.      Gurulatih yang diamanahkan oleh PSGLM di satu-satu tempat/daerah/negeri akan berkunjung ke sekolah untuk menemui pihak pentadbir sekolah.Mereka akan berbincang dan mengambil persetujuan untuk menubuhkan kelab/persatuan silat.

 

2.      Gurulatih tersebut akan memaklumkan kepada ibu pejabat untuk pihak ibu pejabat menguruskan beberapa perkara.

 

3.      Dibolehkan juga pihak pentadbir sekolah menulis sepucuk surat ke ibu pejabat PSGLM untuk menubuhkan kelab/persatuan silat,maka gurulatih yang diamanahkan akan datang menemui pihak pentadbir.Berbincang dan mengambil persetujuan.

 

4.      Jika menimbulkan keraguan dan kemusykilan pihak pentadbir,maka bolehlah menjemput seorang pemimpin kanan PSGLM untuk tujuan perbincangan seterusnya.

 

5.      Apabila telah mengambil persetujuan bersama, maka pihak pentadbir sekolah berusaha untuk mengumpulkan pelatih (tidak kurang dari 40 orang)untuk menyertai kelab/persatuan silat.Bakal pelatih akan mengisi borang penyertaan (dilampirkan) dan menyediakan wang guru, limau nipis dan pisau lipat (wang yuran bulanan atau tahunan boleh ditangguhkan dulu).

 

6.      Setelah tetap harinya, Majlis Perlimau akan diadakan.Rombongan dari YM Pak Guru Utama PSGLM akan dating untuk upacara itu.Pihak Kelab/Persatuan Silat mestilah menyediakan segala peralatan untuk majlis tersebut.Persembahan dari rombongan YM Pak Guru Utama PSGLM akan diadakan untuk Kelab/Persatuan Silat yang baru ditubuhkan.

 

7.      Yuran bulanan atau tahunan untuk gurulatih yang bertugas,secara umumnya ialah RM 10.00 sebulan atau RM 65.00 setahun(bayaran sekali gus).Ianya hendaklah dikutip oleh pihak Kelab/Persatuan Silat dan diserahkan kepada Ketua Gurulatih gelanggang tersebut.Yuran ini tidaklah tetap begitu,pihak gurulatih boleh berbincang dengan pihak pentadbir/guru penasihat kelab/persatuan untuk menentukannya dengan alasan-alasan yang memuaskan kedua-dua pihak.

 

8.      Penetapan waktu belajar adalah perbincangan dan persetujuan di antara gurulatih yang ditugaskan dengan pihak pentadbir/guru penasihat kelab/persatuan tetapi ianya tidak kurang dari sepuluh (10) jam sebulan dan lapan puluh (80) hingga seratus (100) jam setahun.

 

9.      Pada tahun-tahun seterusnya, pihak pentadbir/guru penasihat kelab/persatuan silat boleh meneruskan program,mengumpulkan ahli baru dan menetapkan majlis perlimau.Penetapan itu hendaklah diberitahu kepada gurulatih yang ditugaskan di situ.

 

10.  Untuk tujuan menyertai pertandingan silat sekolah-sekolah menengah,maka pelatih-pelatih yang terpilih hendaklah menjalani satu sekim latihan selama 3 bulan atau 110 jam.Perbelanjaan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah termasuk bayaran gurulatih khusus.Boleh dibincangkan.Pesilat-pesilat yang menyertai pertandingan tersebut akan dianugerahi “Sijil Kepujian” oleh YM Pak Guru Utama PSGLM.

 

11.  Jika pihak pentadbir ingin membubarkan kelab/persatuan silat sekolah,maka pihak pentadbir boleh menulis sepucuk surat pembubaran kelab/persatuan silat kepada ibu pejabat PSGLM melalui gurulatih dengan menyebut alasan-alasan sekali.Pihak PSGLM dengan rendah hati tidak mahu menerima surat itu,BERBINCANGLAH DULU DENGAN KAMI,KAMI SEDIA MENDENGAR SEGALA KEMUSYKILAN TUAN.

 
 


SENI GAYUNG LAKSEMANA MALAYSIA