Ustaz Ismail bin Rahim Malim Mas, seorang Pengamal Persilatan Melayu dari keturunan Minangkabau,Pagar Rayung, Sumatera, Indonesia.
Beliau seorang bekas Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Ketika keadaan negara tercuit akibat peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat berlumba-lumba belajar Ilmu Silat untuk mempertahankan diri dan keluarga serta negara tercinta bersama-sama dengan Pasukan Pengaman Negara. Beliau pun mengumpulkan beberapa orang kenalannya untuk Di Ijazahkan Ilmu Jurus Pertahanan Dalaman.
Maka sejak itulah ianya terus berkembang dengan bilangan yang kian meningkat ke beberapa buah negeri di Tanah Air Tercinta ini Anak-anak murid inilah yang berusaha untuk menubuhkan sebuah Pertubuhan yang Berdaftar supaya ianya boleh bergerak dengan lebih baik ke tengah masyarakat.Pada tahun 1974, Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia didaftarkan dengan rasminya dan bergiat cergas dengan pengambilan penuntut-penuntut baru. Memang pada permulaannya,ia diajarkan dengan Jurus-Jurus Kerohanian sahaja tetapi apabila telah bergiat di tengah masyarakat ,Latihan Fizikal diperlukan maka diperkenalkan pula dengan Gerak Langkah Persilatan.
Pada waktu ini Pertubuhan mempunyai 500 ahli sahaja, sebagai langkah memperkenalkan Pertubuhan kepada masyarakat maka Pertubuhan ini mengadakan Satu Demostrasi Besar-Besaran Peringkat Kebangsaan bertempat di Padang TPCA, Kuala Lumpur pada 28 Mei 1978 yang mana Penasihatnya; YB Dato Sri Kamaruddin Bin Mohd Isa,Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala YB Dato Saadon bin Mohd Noh,Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan telah sudi merasmikan pertunjukan itu.
Pada 1980, Kementerian Belia dan Sukan telah menaja Pertubuhan untuk satu pertandingan di peringkat ASEAN di Singapura dan YM Pak Guru Ustaz Ismail diberi penghormatan sebagai seorang Hakim dalam Pertandingan tersebut. Dan beberapa pertunjukan lagi disertai oleh Pertubuhan dalam melengangkan diri di tengah masyarakat. Ketika itu ia bergerak dan bersaing dengan Pertubuhan- Pertubuhan Persilatan yang telah lama terkenal. Dikhabarkan juga bahawa YM Pak Guru ini merupakan salah seorang yang terlibat dalam penubuhan PESAKA Kebangsaan .
Di Pahang, Pertubuhan ini berkembang pesat , ia ditubuhkan di kawasan-kawasan Tanah Rancangan Felda seperti di Lipis,Raub,Kuantan dan Jerantut serta ia telah memasuki Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah. Pada permulaannya, ahli cuma 38 orang bertambah kepada hampir 5000 orang. Maka Pertubuhan terlibat dengan Pertunjukan Hari Kebangsaan,Perasmian-Perasmian oleh Menteri-Menteri Pusat dan di Hari-Hari Keramaian tertentu. Segalanya berjalan lancar sehingga pada tahun 1984,YM PakGuru Utama,Ustaz Ismail bin Abdul Rahim meninggal dunia. Maka Pertubuhan ini dipindahkan ke Jerantut dan diterajui oleh YB Abdullah Hashim bin Mohd Ali sebagai Yang Di Pertua dan Guru Utamanya diambil alih oleh YM Pak Guru Talib Zakaria bin Haji Uteh. Apabila YB Abdullah Hashim Bin Mohd Ali menyahut panggilan Illahi pada 1997 ,maka PSGLM dipimpin pula oleh YM Pak Guru Tabib Zakaria Bin Haji Uteh sebagai Presidennya.
Pada tahun ini, 1999; genaplah usianya 25 tahun berkecimpung di tengah masyarakat, mengembeling tenaga bersama perguruan-perguruan persilatan yang lain mendidik anak bangsa .Ia menempuh segala ombak dan badai kehidupan dengan beberapa kerenah dari liku-liku hidup dengan penuh ketabahan dan kesabaran namun dalam abad mendatang ,InsyaAllah ,PSGLM akan menonjol semula ke seluruh negara bahkan ke pesilatan antarabangsa sebagai salah satu Pertubuhan Persilatan Melayu yang disegani dan dihormati.
Tahniah ! Kepada Cikgu Wan Kamal,Cikgu Saufi & Cikgu Marzaidi Sempena Perasmian Persatuan Seni Gayung Laksamana Malaysia di Sekolah Rendah Taman Desa,Home Country Rawang ,Selangor yang telah di rasmikan oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Taman Desa,Home Country pada 11 Febuari 2007.Seramai 46 orang Pelajar menyertai upacara " Merlimau".